Saturday, 22 June 2013

Real Madrid Sanggup Belanja $100j Untuk Gareth Bale

Presiden Real Madrid,Florentino Perez berkata dia tidak mempunyai masalah untuk membayar $100j bagi mendapatkan khidmat bintang Tottenham,Gareth Bale.

Bale dipercayai menjadi sasaran perpindahan utama Madrid musin panas ini,malah kelab Sepanyol itu turut mengaku keinginan mereka untuk menjalankan urusniaga.

  Spurs telah bertindak pantas dengan meletakkan tag harga bernilai $100 juta ke atas pemain Wales tersebut,namun menurut  Perez ia tidak akan menghalang Madrid daripada membuat tawaran.Kata beliau:-

      "Berhubung yuran perpindahan Bale,pemain itu tidak murah atau mahal-tetapi sebaliknya pelaburan.Kebanyakan pemain yang mahal adalah individu yang boleh diklasifikasikan sebagai pelaburan kerana jika mereka sangat baik.mereka akan bawa kepulangan besar.Bale adalah salah satu pemain berbakat besar di eropah dan Madrid sentiasa inginkan pemain hebat."

     Bagaimanapun,Madrid akan memulakan tawaran dengan harga rendah,berpendapat mereka boleh mempersetujui dengan harga sekita $50 juta.

      Walaupun Tottenham memegang semua hak dalam rundingan,mereka boleh memaksa perpindahan dimuktamadkan jika Bale mengemukakan permintaan untuk berpindah.

No comments:

Post a Comment