Pada hari ini,media tempatan tlah mengeluarkan bhwa ada kelab liga Malaysia yg cuba untuk membawa pulang pemain muda berbakat negara yg beraksi bersama pasuka divisyen dua Jepun,FC Ryukyu!
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia[FAM]mahu pemain muda negara itu kekal beraksi dengan kelab yang berpangkalan di Okinawa itu hingga kontrak dua tahunnya tamat.Kata beliau:
Kami kecewa apabila ada pasukan cuba membawa pulang Wan Zack Haikal.Ini usaha kami memberi pendedahan kepada pemain muda.Kami kalau boleh mahu melihat Wan Zack Haikal bermain di liga lebih baik.
FAM juga cuba untuk tidak ada lagi kes yang berlaku seperti yang terjadi kepada bekas pemain Portugal,SC Beira-Mar,Nazmi Faiz Mansor yang menamatkan kontraknya lebih awal seperti yang ditetapkan.
Apapun,harap supaya Wan Zack Haikal tidak mengikuti jejak langkan Nazmi.Bila lagi kita nak tengok Malaysia beraksi di pentas tertinggi jika para pemain tidak diberi pendedahan untuk bermain di liga luar yg lebih mencabar!
No comments:
Post a Comment